Translate

Selasa, 18 September 2012

Jamuan Hari Raya Pelbagai Peringkat Pas Terengganu Dapat Sambutan Hangat

 Kuala Nerus
 Besut
 Setiu

 Marang
 Dungun

KUALA TERENGGANU - Beberapa majlis jamuan sempena sambutan hari raya yang diadakan pada minggu lalu di pelbagai peringkat, telah mendapat sambutan luar dugaan, suatu petanda PAS semakin menjadi pilihan menjelangnya pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Di bandar Jerteh, Besut, majlis Sambutan Hari Raya anjuran muslimat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh pada 15 September 2012 berjalan dalam keadaan ceria dan meriah.

Program yang adakan di bangunan PUSTAQ, Padang Luas itu mendapat sambutan di luar jangkaan pihak urusetia.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Jerteh, ustaz Wan Azhar Wan Ahmad turut menyampaikan tazkirah dan menagihkan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir [Gambar kanan atas].
Beliau mengingatkan umat Islam tentang perjuangan yang mesti diteruskan, khususnya muslimat yang menjadi sayap parti supaya memainkan peranan penting sehinga Islam dapat ditegakkan sepenuhnya.

"Muslimat sayap penting parti dan mesti terus berjuang di sisi muslimin, jangan cepat mengalah dan yakin dengan masa depan (dijanjikan Allah) tetap utk Islam,"ujar Ustaz wan Azhar.

Turut hadir ialah Dato' Ustaz Haji Husain Awang, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu yang juga Mas'ul bagi MTD Jerteh.

MTD Rantau Abang mengadakan majlis serupa pada hari Sabtu 15 September, Di Kampung Pulau Serai, Dungun.

Menurut Pengarahnya, Cikgu Alias Harun [Gambar kiri], antara pengunjung yang paling ramai ke majlis tersebut adalah anak-anak muda.
Antara pemimpin yang hadir adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Bendahari PAS Dungun Ustaz Roslan Ismail.

Di Merang, Setiu, pelbagai lapisan masyarakat hadir ke majlis jamuan Unit Peti Undi (UPU) Merang yang diadakan pada Ahad, 16 September di perkarangan surau Mujahidin, Kampung Merang. [Gambar kanan 2]

Menurut Ketua Cawangan PAS Kampung Merang Azhar Jusoh, orang kampung tidak takut lagi dengan pelbagai ugutan yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) selama ini.

"pelbagai lapisan masyarakat datang makan jamuan, semua ada, orang kuat Umno pun ada datang, orang kampung dah tak takut dengan ugutan Umno,

"dulu mereka takut sebab kalau mereka pergi program PAS, takut kena potong bantuan ini dan itu, tapi nampaknya sekarang mereka dah faham,"ujarnya ketika ditemui.

Turut hadir dalam jamuan tersebut adalah Naib Yang DiPertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim dan Setiausaha PAS Kawasan Setiu, Aminuddin umat.
Jamuan 'nasi Arab' PAS Cawangan Permint makmur dalam DUN Tepoh, Kuala Nerus dihadiri oleh Exco Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Hishamuddin Abdul Karim [Gambar kiri 2]

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman berkata, diseluruh dunia telah berlaku bantahan umat Islam terhadap penerbitan filem yang menghina RasululuLlah SAW.

"hari ni boleh dikatakan hampir seluruh dunia berhimpun selepas solat Jumaat untuk membantah suatu penghinaan yang dilakukan oleh seorang rakyat Amerika Syarikat berbangsa Yahudi,

"beliau merupakan pengarah filem "The Innocents Of Muslims"yang telah pun menghina batang tubuh Nabi S.A.W.Jadi saya harap Tuan Puan sekalian kita kena rasa kebersamaan lepas kita keluar ramadhan ni,

"suka hati kita sambut hari raya jangan lupa orang hina Nabi Muhammad S.A.W biar kita mari jugok perasaan untuk bantah benci perbuatan tersebut,"tegasnya

Sementara itu, Penyelaras Pemuda DUN Alur Limbat mengambil inisiatf dengan kerjasama PAS cawangan Banggol Katong telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Pemuda.

Majlis tersebut yang diadakan pada 14 September lalu, bermula pada jam 9.00 malam bertempat di markas PAS cawangan Banggol Katong.

Antara menu yang di sajikan ialah meehon goreng, ayam bakar, ketupat, rendang, keropok,tapai dan kuih raya yang beraneka jenis.

Pihak Penyelaras Pemuda DUN telah menyumbang kira kira 40 ekor ayam untuk di hidangkan sebagai menu utama.

Suasana program begitu meriah walaupun dalam keadaan hujan yang  renyai renyai di mana, ramai dikalangan anak anak muda dari kampung itu turut rela hati turun membantu bagi menjayakan program ini, terutamanya kerja kerja membakar ayam kerana "elemen" perubahan seperti itu tidak pernah di lihat sebelum ini di kampung ini.

Kampung Banggol Katong ini merupakan kampung anak angkat Adun Umno Alor limbat, tetapi senario malam itu telah memberi suntikan semangat untuk Pemuda Pas Dun Alur Limbat dan bakal mengubah keputusan PRU akan datang.BO

Tiada ulasan:

Catat Komen